Saturday, March 19, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Antara list feveret movie of all time; Batman The Dark Knight. Wooh! Aku tak tau kenapa aku selalu terngiang-ngiang ingat pasal movie ni lepas baca Hadith 1 sususan Imam Nawawi

     Oh sapa tak tengok lagi cerita ni? Jangan teruskan membaca, sebab akan di-spoil-kan ending cerita ni, unless  korang memang tak kisah langsung tentang excitement  pada movie ni.

    Aku suka ending  cerita ni. In the end, Batman mengorbankan nama baik dia untuk suatu kebaikan kepada orang lain. Batman sanggup take the blame  , dan pada masyarakat dia yang bersalah. Aku tak taw nak explain, terasa macam lame  pulak. Tengok ah cerita tu, baru boleh dapat feel  apa yang aku nak cerita. Memang fit  betul tajuk cerita dengan endingThe Dark Knight.



I take what I want
Take what I need
They say it's wrong but it's right for me
I won't look down
Won't say I'm sorry
I know that only God can judge me

[Young & The Hopeless by Good Charlotte]



     Pada hari rabu lepas, Islamic Society di kampus menjemput Bro Shah Kirit untuk memberi talk  berkaitan Misconceptions About Islam. Salah satu soalan yang dilontarkan kepada Bro Shah ialah,


Is it true that all non-muslims will go to hell?


     Selepas memberi jawapan kepada soalan tersebut, Bro Shah tanya kepada audiences pula,


How about people like Mother Teresa and Mahatma Gandhi? We all know that they are very kind and they contributed a lot towards the society. Are they going to be punished too?


     ..............................................?

     Minggu lepas juga, seorang penceramah white American  dijemput untuk bagi talk  tentang Purpose of Life. Oh, dia seorang muslim, ustaz. Bila tiba soal sesi jawab, seorang wanita non-muslim bertanya kepada ustaz tersebut,


Is it true that all non-muslims will go to hell?


     Soalan sama. Ustaz tu agak terkedu sikit sambil memandang bawah, dan menjawab,


Yes.


     Gasp! Biar betul ustaz ni. Kerasnya jawapan dia! Aku dah gelisah dah time tu. Beberapa saat lepas ustaz tu bagi jawapan, dia terus sambung,


But that doesn't mean that all muslims will go to heaven.


     Perfect. Jawapan yang ringkas dan padat. Tak faham? Baca hadith 1.


Hadith 1

     Mother Teresa yang begitu penyayang, menolong beribu-ribu orang yang miskin dan merempat, walau diri sendiri tidak punya pendapatan yang cukup, akan masuk neraka kah kerana beliau bukan islam? Atau beliau akan masuk syurga sekiranya beliau berniat dengan betul?

     Mahatma Gandhi bermogok lapar, semata-mata hendak membuktikan bahawa keamanan boleh dicapai tanpa keganasan, akan masuk neraka kah kerana beliau bukan islam? Atau beliau akan masuk syurga sekiranya beliau berniat betul?

     Robin Hood, mencuri duit dari orang-orang golongan bangsawan yang kejam, dan harta yang diperoleh dari tindakan tersebut diagih-agihkan kepada orang-orang miskin yang ditindas dengan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan, akan masuk neraka kah kerana cara menolongnya salah? Atau beliau akan masuk syurga sekiranya beliau berniat betul?

     Rakyat Jepun, walau mereka tahu bahawa salah satu akhbar di Malaysia telah memaparkan satu karikatur yang menyakitkan perasaan mereka ketika tsunami baru-baru ini, tidak bersikap prejudis terhadap rakyat Malaysia yang menetap di sana semasa misi menyelamat mereka, akan masuk neraka kah kerana mereka tidak beriman kepada Tuhan yang satu? Atau mereka akan masuk syurga sekiranya mereka berniat betul?

     Hah nak jawab apa? Ramai orang kata, "Niat tidak menghalalkan cara". Pendapat aku, wallahu'alam. I'm trying to be neutral or grey. Wallahu'alam. Allah knows best.

     In the first place, sebelum kita bermati-matian fikir untuk jawapan kepada persoalan-persoalan di atas, siapa kita ni nak tentukan orang ni masuk syurga, orang ni masuk neraka? Siapa kita ni nak tentukan orang Christian kafir, orang Buddha kafir, orang Yahudi kafir etc.? Siapa yang bagi lesen kepada mulut kita ni nak label-label orang ni huh?



قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
Katakanlah: "Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus." [Al-Isra' 17: 84]



فَلاَ تُزَكُّوا أنْفُسَكُم هُوَ أعْلَمُ بِمَن اثَّـقَى
".....janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia lebih mengetahui siapa yang bertaqwa" [An-Najm 53:32]



     Kita ni confirm  masuk syurga kah semata-mata hanya kerana kita ni 'kononnya' orang islam? Lahir keluarga islam, sekolah islam, belajar islam, ic islam, masyarakat islam, negara islam, undang-undang islam, nama islam, islam islam islam islam pada luaran? Kita ni confirm  bukan orang kafirkah? Apa bukti yang kata kita ni bukan orang kafir? Apa bukti kita ni bukan ahli neraka? Apa bukti kita bakal masuk syurga?

"But that doesn't mean that all muslims will go to heaven."



أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? [Al-Baqarah 2:214]



     Tak perlu explain  berjela-jela. Korang fikirlah sendiri. It's between you and your God.

     Lepas aku tengok cerita Batman The Dark Knight, memang mamat tu bertindak sesuka hati dia, menyalahi undang-undang, hancur sana hancur sini, macam Ultraman, nak lawan seekor raksasa berapa banyak bangunan hancur, tetapi berdasarkan pemerhatian, Batman ada alasan dia yang tersendiri kenapa dia berkelakuan dengan style-nya tersendiri. The Dark Knight. "Niat tidak menghalalkan cara"? Wallahu'alam.

     Orang akan persoalkan pula lepas ni, "Jadi, lepas ni buatlah sesuka hati pun, cara yang salah sekali pun, janji niat suci?". I say, Wallahu'alam. Kalau rasa betul, suka hati kau lah. Pandai-pandai la jawab dekat Tuhan kelak. Betul ke 'niat' kita tu betul-betul 'niat' kita? Islam itu syumul, menyeluruh. Islam dah menunjukkan cara yang paling baik untuk setiap perkara. Islam is the only solution. Kalau nak langgar jugak, pandai-pandai la jawab dekat Allah kelak kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul. It's between you and your God. "Kubur masing-masing", betul eh?


*****


     Seorang sahabat telah bercerita kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam perihal seorang sahabat lain yang gugur semasa peperangan. Kemudian Rasulullah menjawab bahawa sahabat yang gugur itu bukan mati syahid kerana niat berjuang beliau adalah demi kebanggaan qabilahnya. Sumber: Raheeq Makhtum / The Sealed Nectar.

     Berjihad di jalan Allah sehingga mengorbankan nyawa sendiri pun tidak menjamin kita ke syurga, hanya kerana niat ???



Hanya segala amal bergantung dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. [Muslim]
     Akhir kata, beramallah kamu kerana Tuhanmu. After all, it's between you and your God. 
     Wallahu'alam bis sowab.

!اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Guide us Thou unto the path straight! Tunjukilah kami jalan yang lurus!





p/s: Aku tidak mengatakan mana2 pendapat betul atau salah, aku cuba jadi neutral, grey, kelabu, bukan hitam atau putih. Why so serious? :p

Posted by Posted by zabed at 10:18 PM
Categories: Labels: ,

 

3 comments:

hakeemhanafz said...

style. *like*

Anonymous said...

want more plis..huhu

zabed said...

Allahu'alam. Allah knows best

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>