Thursday, December 30, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

cakap tak serupa bikin

Hippo

     Cakap tak serupa bikin? Selalu kena bagi nasihat atau peringatan dengan orang-orang yang macam ni? Menyampah gile kan? "Sepak je"

     "Mamat ni ada niat lain", itu yang terlintas dalam kepala, lantas kita reject atau bangkang nasihat beliau kerana peribadinya. Ya, mungkin betul juga apa yang kita fikirkan, bahawa mamat ni memang betul-betul berniat 'ada udang di sebalik batu' di sebalik nasihat-nasihatnya.

    "Aku dah kata dah, dia ni memang poyo. Hipokrit"

     Betul. Aku sendiri menyampah dengan orang-orang macam ni. Cakap, cakap, cakap tapi buat tak pun. Still, aku treat orang-orang macam ni sebagai utusan dari Allah untuk aku. Pergh, aku tak cakap diorang ni rasul ke orang2 alim ke, tetapi, utusan tu bukan berbentuk physical, tetapi berbentuk nasihat-nasihat-nasihat yang berkisarkan ayat Al-Quran & hadith.



Jangan melihat siapa yang berkata apa, tetapi lihatlah apa yang diperkatakan olehnya



     Tak ingat siapa yang quote, ada orang kata nabi atau para sahabat atau kata-kata orang terdahulu. Wallahu'alam. But hey, tengoklah APA yang diperkatakan.



Interaksi Dengan Al-Quran

It is not except a reminder to the worlds

Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam

[At-Takwir (81): 27]


     Siapakah kita? Muslim? Orang islam? Bukankah kita diajar sejak sekolah lagi bahawa sumber / petunjuk / panduan hidup kita adalah Al-Quran & contoh-contoh dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam (hadith & sunnah)?

     Bukankah Al-Quran itu suatu peringatan untuk semua manusia?

     Walaupun muncul dalam hidup kita seorang yang menghafal Al-Quran tetapi berkeperibadian tidak serupa seperti Al-Quran, dan terus-menerus mengeluarkan ayat dari Al-Quran untuk menegur tindak-tanduk kita yang tidak bertepatan dengan apa yang tercatit dalam Al-Quran, kita perlu ingat, bahawa ayat-ayat tersebut bukannya kata-kata dari si hipokrit tersebut, tetapi berasal dari Allah jua!



Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, dari Tuhan semesta alam.

[This is] the revelation of the Book about which there is no doubt from the Lord of the worlds.

[As-Sajdah (32): 2]



     Berapa ramai yang lepas kena tegur oleh si Hippo, balik terus bukak Al-Quran, check mana ayat Al-Quran yang dikatakan si Hippo tersebut. "Wah, betul la mamat ni kata, terasa aku. Tapi dia ni pun sama je, so buat apa aku kesah? I won't take the words from the hypocrites!"

     Bhaiiiii. Besarnyeee egooo. Hipokrit tetap hipokrit sehingga Allah mendatangkan hidayah, the point isAl-Quran tetap suatu peringatan untuk manusia sehinggalah kiamat. Bukaklah mana-mana page pun kesemuanya untuk kita. Hatta, kalau bukak bahagian yang menceritakan tentang penghuni neraka, ciri-ciri penghuni neraka juga adalah peringatan untuk kita. Bukaklah bahagian yang menceritakan ciri-ciri orang munafik pun adalah peringatan untuk kita. Bukaklah bahagian yang menceritakan tentang bani Israel juga adalah peringatan untuk kita. Bukaklah cerita-cerita tentang kaum-kaum yang mendustakan rasul-rasul mereka juga adalah peringatan untuk kita. "Herm, aku kena hindarkan diri dari orang-orang yang dikatakan dalam Al-Quran ni". Jangan fikir yang tu je, kita sendiri yang kena jauhkan atau buang sifat-sifat yang dilaknat Allah tersebut dari diri kita sendiri.

     Al-Quran juga menceritakan tentang keadaan di syurga, ciri-ciri orang yang mendapat syurga dan keampunan dari Allah yang sangat luas, juga sebagai peringatan untuk kita agar kita tidak mudah mengaku kalah, tidak mudah berputus-asa, dan berita gembira untuk orang-orang yang percaya kepada janji-janji Allah (baca: orang yang beriman). Subhanallah, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan, begitu indahnya Al-Quran, sebagai peringatan untuk kita, baik berbentuk ancaman mahupun ganjaran.


Contoh di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam



And they fall upon their faces weeping, and the Qur'an increases them in humble submission.

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyu'

[Al-Isra' (17): 109]



     Ada di kalangan sahabat-sahabat dan salafussoleh, bila membaca Al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat, bila sampai tentang ayat azab atau ayat tentang kebesaran Allah, ada yang jatuh pengsan kerana terlalu sensitif dengan ayat-ayat Allah.

     Lihat bagaimana sahabat-sahabat menjadikan Al-Quran sebagai peringatan, sehinggakan ayat azab pun mereka merasakan bahawa itu juga peringatan untuk mereka, sedangkan mereka dijamin syurga. Kita? Dijamin syurga juga? Bengang kena tegur dengan Hippo?



Aku Terasa, Maka Aku Beriman

    Fikir, jangan baca atau dengar sahaja, mahupun yang memberi itu adalah dari golongan Hippo.


Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kepada

orang-orang berfikir

Yunus [10:24] 



     Terasa? Bersyukurlah, pada hati kita ini masih lagi takut kepada Allah.


*di samping kena tegur, tegur la balik si Hippo tu. Tak nak terima, itu kerja Allah. Kerja kita menyampaikan, bukan menjadi pengawas

Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 6:03 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>