Saturday, October 9, 2010


      Bismillahirrahmanirrahim.


     Aku nak share satu cerita yang aku dengar dari khutbah Jumaat di Islamic Centre di campus aku. Sejauh mana kebenaran cerita ini, aku tak taw. Wallahu'alam. Allah lebih Mengetahui. Ada beberapa point yang aku rasa menarik perhatian. Mungkin aku edit-edit sikit agar orang lebih paham (kot?).


Jatuh, atau Mati

       Al-kisah, ada seorang pendaki gunung, yang memang suka panjat gunung. 


      One day, sedang beliau memanjat salah sebuah gunung yang agak mencabar, ditambah lagi dengan cuaca buruk dan suasana yang gelap, beliau tergelincir ke dalam gaung. Dalam keadaan split-second, beliau sempat memegang salah sebuah (seutas, setandan etc) tali yang kebetulan ada di situ. Dengan kuasa Yang Maha Menciptakan, beliau masih lagi hidup, berpaut dengan tali tersebut. Suasana gelap, beliau tidak dapat melihat sejauh mana kedalaman gaung tersebut.


     Hujan, suhu yang sejuk, badan yang penat tetapi dalam keadaan memerlukan tenaga yang banyak, either you hold, or you die, what do you expect?






     Kemudian, lantas beliau menjerit, "Ya Allah! Tolonglah aku!!".


     Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang membalas pertanyaannya itu.

"Adakah kau percaya (kewujudan) Ku?"


"Ya! Aku percaya kepada kewujudanMu! Sesungguhnya aku di kalangan orang-orang yang Islam (berserah diri)!"


"Adakah kau percaya kepada (kekuasaan) Ku?"


"Ya! Aku percaya kepada kekuasaanMu sepenuh hati! Tolonglah hambaMu yang lemah ini!"


"Jadi, lepaskanlah tali itu."


     Tiba-tiba suasana menjadi senyap. Pelik si pendaki ini memikir. Kalau aku lepas, matilah aku!


"Ya Allah! Sekiranya aku lepas, aku akan jatuh ke dalam gaung ini. Tiada cara yang lain kah?"


"Lepaskan tali itu."


"Tidak! Aku tidak akan lepaskan! Atau aku akan mati!"


"Maka (oleh demikian sikap kamu itu), jadilah kamu di kalangan mereka yang tidak percaya kepada Ku!"




     Sejurus selepas itu, tiada lagi kedengaran 'suara misteri' tersebut. Walau si pendaki tersebut memanggil-manggil Tuhan yang 'kononnya' disembahnya, tetapi, langsung tiada jawapan. Beliau tetap dengan pendirian beliau, masih lagi memegang tali tersebut dalam keadaan gelap.....sejuk.


     Keesokan pagi, pasukan rescue berjaya menjumpai pendaki tersebut, atau mayatnya, sedang memegang dengan erat tali tersebut, dalam keadaan beku akibat kesejukan yang menimpa dirinya. Pasukan rescue yang berada di situ berasa kehairanan melihat gelagat pendaki tersebut.


"Kenapa mamat ni tak lepas je tali tu? 2m je pun jarak ketinggian."




Batu di Tepi Jalan

      *Tak silap aku ni budaya Jepun atau peribahasa/perumpamaan Jepun; ibarat batu di tepi jalan. Wallahu'alam. Allah lebih Mengetahui.


    Ibarat batu di tepi jalan? Tak paham, dok pehe. Macam Karamsingh Waliya pulak.






    Dalam perjalanan kita, kita sedar terdapat beberapa batu di sepanjang  perjalanan, tapi kita buat bodoh je. Tak ada kena-mengena dengan aku buat apa aku kisah?? Ibarat batu di tepi jalan. Kita tahu batu tu wujud dan berada di tepi jalan, tetapi tak endah langsung.


     Adakah macam tu hubungan kita dengan Pencipta kita?


     Adakah sekadar beriman (yakin, percaya etc) bahawa Allah itu wujud sudah memadai menjadi seorang yang berserah diri kepadaNya (muslim) ?


Pasti

     Sekarang, ada sesiapa boleh bagitahu aku benda yang betul-betul pasti berlaku?


    Ko pasti akan graduate dekat universiti yang ko sedang belajar sekarang? Tak pasti lagi mat. Ko (seorang yang kurus) pasti kenyang kalau ko makan 3 bungkus nasi lemak sekaligus? Tak pasti lagi bro. Ko pasti handbrake kereta ko akan berfungsi selepas ko tuang minyak brek? Tak pasti lagi macha. Ko pasti ko pergi makan dekat hotel, ko takkan jumpa cicak yang tenggelam dalam air sirap ko? Tak pasti lagi jepp.


     Habis tu apa yang pasti? Mesti kebanyakan orang akan jawab;




"Yang pasti adalah kewujudan Allah! Dia yang Menciptakan alam ini!"


     Cuba tanya orang yang tidak percaya kepada Tuhan, atau atheist / pagan. Apa jawapan dia?


"Aku akan hidup semewah mungkin, aku akan hidup se-enjoy mungkin, kerana hidup hanya sekali!"




      Boleh paham apa jawapan dia? Apa yang pasti? Ko pasti akan mati! Hiduplah semewah mana pun, kumpullah duit & harta sebanyak mana pun, enjoy lah se-enjoy-enjoy macam mana pun, catatlah nama ko dalam sejarah sebagai orang yang paling hebat mana pun, ko tetap akan mati jugak! Ambiklah petua daripada orang-orang yang hidup 100 tahun pun, gantilah jantung kita dengan battery ber-power supply pun, tukarlah saluran darah kita dengan saluran arus elektrik sekali pun, hidup pecah rekod sampai 500 tahun sekali pun, at the end, ko akan mati jugak! Kenapa nak lari dari hakikat ini????


     *Haa, jangan pi bunuh diri pulak lepas ni


     Bagi aku, cukuplah hanya dengan mengetahui hakikat bahawa kita tak dapat lari dari kematian mengingatkan aku bahawa Allah bukan sekadar wujud, tetapi Allah lah Yang Berkuasa ke atas segala-galanya. Hatta, mengapa masih kadang-kadang hati ini ragu-ragu dengan janji Allah?




Yakin (Aku sebagai seorang hamba yang belajar di universiti)

     Dibebani dengan kerja? Masalah study tak paham? Tak cukup masa nak uruskan kegiatan hidup? Nak saving, tapi tak cukup masa untuk masak? Masalah sosial dari dulu tak pernah nak setel?


     Yakinlah dengan janji Allah.




Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman;
yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya;
dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (zakat);
dan mereka yang memelihara kemaluannya;


Succesful indeed are the believers;
Those who offer their Salat with all solemnity and full submissiveness;
and those who turn away from Al-Laghw;
and those who pay the Zakat;
and those who guard their chastity;

 [23:1-5]



Dan mohonlah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat; dan sesungguhnya ia amatlah berat, kecuali orang-orang yang khusyuk.

And seek help through patience and As-Salat. And indeed, it is difficult except for humbly submissive [to Allah]

[2:45]


     Bukankah Allah yang menetapkan dengan teguh pendirian kamu di sini? Jadi, kenapa tidak yakin dengan kekuasaannya?

Posted by Posted by zabed at 2:41 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

i like this post...especially bab yg Yakin dgn kewujudan..x de ape yg pasti dlm dunia..baru saya faham dgn dunia itu penuh dgn tipu daya...sebab xde pape yg comfirm pon kat dunia ini!..thanks for the writting...:)..smoga trus bjuang dlm jihad penulisan..:)

zabed said...

insya Allah. ameeen. papepun, yang baik itu dari Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>