Monday, July 26, 2010


Islam is already the fastest-growing religion in Europe. Driven by immigration and high birthrates, the number of Muslims on the continent has tripled in the last 30 years. Most demographers forecast a similar or even higher rate of growth in the coming decades.

[An Uncertain Road: Muslims and the Future of Europe, The Pew Forum on Religion and Public Life] 

     Antara betul atau tidak, tetapi ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa semakin ramai umat manusia yang menganut islam. Alhamdulillah. Macam-macam hujah kita keluarkan bila berbicara tentang hal ini. Kiamat sudah dekat, dajjal dah keluar dan etc..


     Tetapi berbeza pendapat kebanyakan orang ini dengan pendapat salah seorang bro yang aku kenal dalam program baru-baru ni.


Bro: Akhi, Ana risau pulak tengok bilangan orang masuk islam meningkat secara mendadak sekarang ni.


Gua: Eh nak risau kenapa pulak? Tak happy kah semakin ramai yang akan menegakkan islam di tempat mereka masing2?


Bro: Bukan. Ana bukan risau pasal tu malah ana sebenarnya rasa bersyukur dan bertambah semangat bila bilangan ikhwah (saudara-saudara) kita semakin bertambah. Yang ana risau mereka-mereka inilah yang dikatakan Allah yang akan menggantikan hamba-hambaNya yang berpaling. Mungkin sekiranya ana malas, ana akan digantikan mereka kelak. Astaghfirullah. Risau sungguh.


     Tersentak aku dengar statement tersebut. Bro yang keluarkan statement ni lah penggerak dakwah di kampus beliau, kampus yang berstatus "tanah gersang". Walaupun berada di "tanah gersang", namun Allah telah memilih beliau untuk menegakkan syiar islam di tanah tersebut. Berada di kalangan masyarakat yang gersang adakah menjadikan beliau juga gersang? Tentera-tentera Allah, hanya Allah sahaja yang layak memilih. Itu statement dari seorang penggerak dakwah yang berada di kawasan tanah gersang. Masya Allah...


    Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan keadaan diri kita sekiranya dibandingkan dengan Bro tadi? Kita kata konon-kononnya cukup solat 5 waktu sehari, konon-kononnya tak pernah tinggal puasa Ramadhan, konon-kononnya menjaga aurat, konon-kononnya plan nak pergi haji bila dah tua karang, konon-kononnya sedekah dekat pengemis, konon-kononnya pergi masjid setiap hari dan beberapa lagi statement konon-kononnya kita ikhlas melakukan semua itu.




Saudara semuslim yang ku hormati,

    Kita lihat masyarakat kita sekarang macam mana. Sampai sekarang, aku tak boleh terima statement yang mengatakan Malaysia negara yang aman. Aman apekebendenye? Kes buang anak semakin meningkat? Apa resolusi? Bagi condom free? Masyarakat US tu aman tak bila diberi condom free untuk melakukan hubungan seks? Tengok statistik anak luar nikah yang tidak dijaga di US, semakin meningkat atau lebih kurang je macam sebelum rancangan memberi condom free?


      Tu baru dari satu aspek, tak lagi masuk aspek lain. Budak-budak samseng kat sekolah semakin melampaui batas sehinggakan cikgu pun tak berani nak masuk campur, education atau pendidikan dijadikan platform untuk menjadi kaya-raya, minum arak di public pun tak terasa bersalah, dan macam-macam lagi yang aku rasa tak perlu aku mention pun kita sendiri masing-masing tahu.

     Ketahuilah bahawa hidup berseorangan tidak menjamin untuk survival yang lama. Kita kata kita dengar azan kita solat, kita kata bila rajin baca Quran, kita kata rasa cergas sikit nak puasa sunat tetapi bila diajak untuk berdakwah, berbagai-bagai alasan yang diberikan untuk mengatakan tidak.



     Ibarat tong yang diisi dengan sampah yang banyak, namun dibiarkan ada satu ruang khas untuk kita duduk. Pada awalnya, kita akan duduk dalam keadaan berhati-hati agar mana-mana anggota badan tidak terkena sampah-sampah tersebut. Namun, bila berlanjutan, lama-lama terkena sikit sampah pun dikira perkara yang biasa, lepas tu dah terasa penat duduk dalam keadaan berhati-hati akan duduk dengan gaya yang boleh sandar pada sampah tersebut, kemudian terus baring, lama-lama kita jadi sebati dengan sampah tersebut.


     Kerana apa pada mulanya kita berasa geli dengan sampah tersebut namun selepas beberapa hari siap boleh baring lagi dengan sampah-sampah tersebut? Kerana tiada inisiatif untuk membuang sampah-sampah tersebut keluar dari tong tersebut, tiada inisiatif langsung untuk membasuh tong tersebut.


     Itulah yang dikatakan dakwah. Nak tak nak, kita kena care jugak pasal masyarakat kita, atau kita sendiri yang akan menjadi masyarakat yang sampah.


      Bila dah jadi masyarakat yang sampah, hati-hatilah, janji Allah, diri kita bakal digantikan dengan orang-orang atau lebih sesuai, tentera-tentera Allah yang akan membersihkan bumi ini dari sampah jahiliyyah.








And if you turn away, He will replace you with another people; then they will not be the likes of you. 
Dan jika kamu berpaling, Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
[Muhammad (47) : 38]
 






Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia 

Posted by Posted by zabed at 1:03 AM
Categories:

 

3 comments:

Suria Arjuna said...

bismillah~~semoga tsabat diatas jalan ini...
mari teruskan melangkah~

Anonymous said...

salam..

nk tny, what do u mean by "education atau pendidikan dijadikan platform untuk menjadi kaya-raya"?

zabed said...

wassalam.

contoh paling senang; bila cikgu mengajar bukan kerana nak mendidik, tetapi lebih kepada gaji/pendapatan yang tinggi.

wallahu'alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>