Thursday, June 24, 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.


     Suasana atau keadaan semasa minggu exam kebiasaannya kebanyakan pelajar akan mendekatkan diri dengan Tuhan untuk meminta pertolongan dariNya untuk menghadapi soalan-soalan yang bakal mereka tempuhi dan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sesudahnya. Begitu juga dengan pelajar yang beragama Islam (bukan bangsa MELAYU sahaja ye), kebanyakan mereka akan cuba mendekatkan diri kepada Allah untuk memohon pertolongan dengan memperbanyakkan solat-solat sunat & bacaan Quran, mengurangkan kutukan atau berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan sebagainya.


     Tetapi, baru-baru exam final sebelum ni, berlainan pula sikap aku. Entah kenapa, dah plan seperti pelajar-pelajar muslim yang lain untuk solat sunat hajat, qiamullail etc. namun tak ada kemahuan yang tinggi untuk melakukannya. Kononnya plan nak solat sunat, tiba-tiba rasa macam hilang dorongan untuk melakukannya lantas langsung tak buat. Kononnya plan nak baca Quran kejap lagi dan sekali lagi, tiba-tiba rasa macam hilang dorongan untuk melakukannya lantas tak buat langsung. Terasa macam...... semakin jauh dari Allah pada musim exam yang lepas. Masha Allah. Pelik betul, berlainan dengan orang lain pula tu.



    Dan bila betul-betul aku terasa nak melakukan ibadah sunat tu, selesai sahaja melakukan ibadah tersebut, tak rasa feel langsung. Senang cerita, aku melakukannya seolah-olah macam terpaksa, macam nak sangat exam tu menjadi mudah, tetapi mengetepikan hak Allah ke atas aku sebagai salah seorang hambaNya; mengabdikan diri kepada Allah, atau dengan bahasa mudah, aku tidak berniat kerana Allah. Astaghfirullah...


Bila hati ini kering, terasa jauh dari Allah.
 

hati yang kering ibarat office yang tidak siap, bukan sahaja tidak boleh digunakan, malah membahayakan orang lagi
(actual image practical training)

 
     Kering kering kering kering kering kering kering kering sekering-keringnya! 

      Memang kering sungguh hati aku! Buat apa pun tak jadi. Bila semangat nak buat sesuatu, tiba-tiba terus terasa hilang semangat nak melaksanakan. Bukan setakat ibadat sunat, malah aktiviti harian pun terasa macam tak ada semangat langsung. Nak makan pun, malas. Bila betul-betul lapar, baru pergi makan. Itupun makan sedikit, sebab tak rasa semangat nak makan banyak. Kalau aktiviti biasa malah nak makan sendiri pun terasa malas dan tak bersemangat, apatah lagi study, niat aku yang utama pada awal-awal melakukan solat hajat. Study untuk final pun terasa terabai! Aiiii camana lah nak cerita keadaan kering ni. Memang sungguh terasa kering hati ni.


      Hati aku ni ibarat tanah kering-kontang, tandus, yang mengalami kemarau selama setahun, yang sudah lama tidak merasa kebasahan air hujan. Ada apa dengan tanah yang kering? Tanah yang kering tanpa air yang mencukupi, tidak akan menghasilkan sebarang jenis tumbuhan seperti rumput sekalipun, apatah lagi pokok? Apatah lagi pokok yang menghasilkan bunga yang mengharumkan bagi sesiapa yang menghidunya? Apatah lagi pokok yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan lazat, yang mampu memberikan khasiat bagi sesiapa yang memakannya? Inilah yang dikatakan tanah kering! Tanah yang tidak memberikan sebarang manfaat langsung! Hanya wujud, dan mampu dijadikan tempat untuk berpijak sahaja.


     Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayng, Ar-Rahman Ar-Raheem, Yang Memberikan hidayah bagi sesiapa yang dikehendakiNya termasuklah jiwa yang sedang menulis ini.






Dan Dia lah yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati, lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat.

And it is He who sends the winds as good tidings before His mercy until, when they have carried heavy rainclouds, We drive them to a dead land and We send down rain therein and bring forth thereby [some] of all the fruits. Thus will We bring forth the dead; perhaps you may be reminded.

[Al-'A'raf (7) : 57]






Bila hati ini basah, barulah terasa diri ini dekat pada Yang Maha Mengasihani

hati yang basah ibarat office yang telah siap, cantik pada pandangan mata, malah bermanfaat kepada orang yang menggunakannya :)
(actual image practical training) 

      Alhamdulillah, bila muhasabah diri ini balik, muhasabah kembali apa niat utama melakukan sesuatu ibadah; iaitu niat kerana Allah dalam setiap perkara, barulah hati ini kembali berasa sedap dan manis dalam melakukan sesuatu ibadah. Alhamdulillah.... :)


     Bila niat diperbetulkan, apa-apa yang dilakukan dikira bermanfaat, bukan pada diri sahaja, malah kepada orang lain juga. Sama seperti ayat di atas, tanah yang kering pabila disirami dengan hujan yang lebat bukan sahaja menjadi tanah yang subur (untuk kepentingan diri sahaja), malah tanah itu berjaya menghasilkan pokok, dan pokok itu pula menghasilkan buah yang lazat yang boleh dimakan oleh orang lain (bermanfaat kepada orang lain atau masyarakat sekitar).


      Sebab itulah, Rasulullah pernah meriwayatkan dalam salah satu hadithnya yang cukup famous, antara yang selalu kita dengar, semasa belajar dalam kelas pendidikan Islam, semasa mendengar ceramah atau khutbah Jumaat, semasa ustaz-ustaz di sekolah atau institusi pendidikan kita menegur kita, semasa membaca artikel-artikel berkaitan Islam:





Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.

[Imam Bukhari & Muslim]





     Aku boleh jamin, 99% dari pembaca mengetahui tentang hadith yang cukup famous ni, namun kebanyakan yang tidak memahami dengan erti sebenar yang mampu kita praktikkan dalam hidup kita. Ini bukan theory, tetapi sesuatu yang practical.


     Begitulah halnya dengan kita, kita selalu sebelum melakukan sesuatu ibadah dengan niat bukan kerana Allah, maka, mana taknya hati kita ini tidak pernah melekat pada masjid? Niat bukan kerana Allah, maka mana taknya hati ini tidak pernah terikat dengan Al-Quran? Niat bukan kerana Allah, maka mana taknya bila kita ditimpa sesuatu musibah kita cepat merasa give up, merasa seolah-olah sia-sia sahaja amalan mendekatkan diri kepada Allah? Niat bukan kerana Allah, maka mana kita tak rasa bahawa Islam itulah hidup kita? 


Hati yang rosak, maka rosak jugalah segala seluruh anggota kita, perbuatan kita dan hasil yang diperolehi.


     Hati yang rosak ibarat tanah yang kering. Namun, ada juga tanah kering yang berjaya menghasilkan pokok yang berbuah, dengan hujan lebat kurnia Tuhannya, namun disalahgunakan, jadilah buah yang dihasilkan tersebut pada luarannya nampak sedap dimakan, namun pabila dimakan, terasa jelas pahitnya  yang tidak bertepatan dengan rasa lidah, terasa jelas kemasamannya yang tidak bertepatan dengan lidah, terasa kemanisannya tidak bertepatan dengan rasa lidah dan macam-macam lagi yang tidak bertepatan dengan piawaian rasa lidah. Sebab itulah selalu berlakunya perkara-perkara seperti pisang yang luaran berwarna kuning, namun bila buang kulitnya, ada sesetangah kawasan yang bertompok hitam. Pandai-pandailah korang memikirkan siapa orang yang sebegini. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan insha Allah.


     Jadi, berbalik kepada pangkal persoalan, apakah niat kita yang sebenarnya??

 Ya Muqallibal Qulub, thabbit qulubana 'ala diinik
 O Controller of the hearts, make our hearts steadfast in Your religion
Wahai Yang Memutarbalikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami di atas agamaMu

Posted by Posted by zabed at 6:26 PM
Categories:

 

4 comments:

langittasbih said...

betul!
hati yang bersih maka baiklah seluruh jasad dan amalan.hati yang hitam takkan menutup kebaikan yang dibuat-buat pada luarannya.

nabi Ayyub sendiri yang Allah uji dengan penyakit yang sangat dahsyat selama berbelas tahun mampu bertahan. disebabkan apa? sebab adanya HATI YANG MENGINGATI TUHANNYA.

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan, dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan "

maan najah! terbaik untuk exam!
=)

zabed said...

jazakillahu khari for the comments and hadith yang saaaaangaattt memberansangkan!! :)

btw, "maan najah" tu apa?

langittasbih said...

afwan..
=)

maan najah mcm good luck.. atau lebih tepat, bersama kejayaan.

eyh,zaid..nak tanya ni..
user guna nama thebe tu sape eyh?
cam budak maktab jer..

zabed said...

tak silap tu la TB. budak kelas D. Wallahu'alam.

Sekali lagi, jazakillahu khair. Maan najah!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>