Saturday, February 20, 2010




     Rakyat Malaysia mana yang tak kenal cerita Gerak Khas kat TV2 tuh? Dengan aksi dan stunt yang mengalahkan cerita Tamil, gelagat drift kereta polis yang maut bagaikan Takumi dari Initial D, meletup di sana sini dengan teknologi grafik tinggi ala-ala Star Wars, kecerdikan ahli-ahli Gerak Khas menyelesaikan kes bak Sherlock Holmes, tak kira pangkat ataupun harta rela berjuang demi negara tercinta, dan macam-macam lagi. Mula ditayangkan pada 4 May 1999, sudah hampir 11 tahun Gerak Khas bermaharajalela pada setiap malam Selasa di TV2, dan hasil daripada penat lelah Yusof Haslam selaku director dan diizinkan Allah, semakin ramai bilangan rakyat Malaysia mengenali atau mengetahui realiti Pasukan Gerakan Khas.


     Apa realitinya? Conspiracy theory? Urban legend cerita Gerak Khas? Bukan. Aku bukannya nak cerita pasal benda-benda macam conspiracy theory tu, tapi tentang realiti Pasukan Gerakan Khas yang sebenar, kewujudan mereka di Malaysia semakin diketahui umum oleh masyarakat Malaysia dek kerana drama bersiri Gerak Khas tersebut. Terdapat 2 jenis Gerak Khas:

Pasukan Gerakan Khas
Seperti yang diketahui umum, Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan sumber inspirasi drama bersiri Gerak Khas. Terbahagi kepada dua kumpulan; VAT 69 (Very Able Trooper 69) & UTK (Unit Tindakan Khas). Peranan dia? Operasi taktikal khas dan counter-terrorism. Nak senang paham, PGK ni sama macam SWAT di USA.


Grup Gerak Khas
Yang ni berbeza dengan PGK. Kenapa? Sebab Grup Gerak Khas (GGK) adalah di bawah pentadbiran Tentera DiRaja Malaysia berbanding PGK yang berada di bawah pentadbiran Polis DiRaja Malaysia. Dari segi peranan, GGK lebih banyak peranan berbanding dengan PGK; conducts special operations missions for the Malaysian government, such as direct action, unconventional warfare, sabotage, counter-terrorism, and intelligence gathering. Senang paham, GGK ibarat United States Green Berets.


     Kedua-dua jenis Gerak Khas mendukung beberapa tugasan yang mencabar. Ye lah, nak jadi one of them pun bukannya senang. Ujian minimum kelayakan untuk join Gerak Khas pun bukan kemain susah lagi.
  1. 6 km running in 40 minutess
  2. Freestyle swimming for 8-10 laps
  3. At least 9-13 chin-ups
  4. At least 30 sit-ups
  5. At least 60 push-ups
  6. At least 30 squad thrusts
Ni baru ujian KELAYAKAN MINIMUM. Belum tentu lagi untuk join training dia yang lagi dahsyat tuh. Pergh. Mantap2. Yang bestnya, wanita pun ada jugak, contohnya Corporal 133562 Mazlinda Mohd Noor. Fuiyoo. Hebat2. Malu gua. 

     Di post ni aku nak selitkan training bagi GGK sahaja, sebab bagi aku, GGK punya training agak dahsyat. Bacalah.
Camp Training
Organized in 5 weeks, this phase is actually the most important level to test and develop individual physical & mental resistance. Physical endurance, weapon handling, explosive handling, tactics & stratagem implementation (muslihat), field medical, rappelling / abseiling and map reading skills are among the exercises conducted. The trainees are also required to undergo several series of long range march with full combat load. Range will be increased from 4.8km, 8km, 11.2km, 14 km to 16km respectively. Usually, some of the trainees fail to arrive to designated checkpoint within the stipulated time and they will be sent back to their original unit or other services ("turun skot" - according to the Army's lingo).
 Jungle Training
This two-week jungle training is a favorite among the trainees. This is where the trainees will be exposed to practical training, field skills & know-how such as guarding & patrolling, establishing base, survival and section / troop combat.
Swamp Training & Long Range March
In this phase, all trainees are subject to undergo a tough combat march along with their 15 kg pack (130km in just 1 and a half day!!). Those who succeed, will continue to live in the swampy area for 7 days without food supply or proper clothing (they wear only the underwear) . They will practise all survival lessons here.
 Sea Training
The sea training is conducted in 2 weeks, where the trainees are exposed to practical exercises such as small craft navigation, long range / silent rowing and coastal attack using high-speed inflatable boats and kayaks. After completing the 'curriculum', they will travel 160 km along the Straits of Malacca using kayaks.
 Escape & Evasion (E&E)
All trainees are deployed in groups and they must report to several agents at designated checkpoints. They must know how to contact their agents and evade from the "enemy" who controls that area. If they are caught, they will be tortured and abused. The trainees will then be released and continue their journey until they arrive at the last checkpoint.
     Nampak betapa susahnya training yang perlu dilalui oleh unit-unit GGK ni? Mencabar kan? Mana tak mencabar, seorang ahli GGK itu bersamaan dengan 10 tentera atau prebet biasa kerana mereka mempunyai 10 kemahiran. Seorang manusia biasa dengan kekuatan 10 orang manusia biasa. Kuat tuh. Sepuluh orang dari ahli GGK bersamaan dengan 100 tentera biasa? Sikit jumlahnya tetapi mampu mengalahkan tentera musuh yang sepuluh kali ganda lebih besar! Macam Superman pun ade jugak. Dalam erti kata lain, term 1 bersamaan dengan 10 adalah merujuk kepada seorang commando. Memang betul pun, setiap ahli PGK dan GGK kebanyakannya adalah commando. Dahsyat commando ni.


     Begitulah serba sedikit tentang cerita squad commando di Malaysia atau nama lainnya ialah Gerak Khas. Sedikit sebanyak ada rasa bangga sikit dalam hati ini kerana menjadi rakyat Malaysia. Betul ke? Itu baru commando di Malaysia, bagaimana commando yang diceritakan dalam Al-Quran pula?

 Wahai Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang2 kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

O Prophet (Muhammad sallallahualaihi wasallam)! Urge the believers to fight. If there are twenty steadfast persons amongst you, they will overcome two hundreds, and if there be a hundred steadfast persons they will overcome a thousand of those who disbelieve, because they (the disbelievers) are people who do not understand.

[Al-Anfal (8) : 65]


     Subhanallah! Allahu Akbar! Betapa kuatnya orang beriman yang bersabar! Bilangan mereka yang berjumlah 20 orang mampu mengalahkan 200 orang musuh. Bilangan mereka yang berjumlah 100 mampu mengalahkan 1000 tentera kafir. Bagaimana sifirnya? 1 bersamaan 10. Mu'min yang bersabar itu sama macam commando yang menjalankan camp training, jungle training, swamp training & long range march, sea training dan escape & evasion (E&E). Apakah rahsia kekuatan mereka?

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

And seek help in patience and As-Solah (the prayer) and truly, it is extremely heavy and hard except for Al-Khashiuun [i.e. the true believers in Allah - those who obey Allah with full submission, fear much from His punishment, and believe in His Promise (Paradise) and in His Warnings (Hell)].

[Al-Baqarah (2) : 45]

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar.

O you who believe! Seek help in patience and As-Solah (the prayer). Truly, Allah is with As-Saabiruun (the patient).

[Al-Baqarah (2) : 153]


     Subhanallah. Maha Suci Allah. Itu dia rahsia kekuatan mu'min commando tadi. Ayat yang lebih kurang sama maksud telah Allah ulangi dua kali dalam Surah Al-Baqarah sahaja. Apa dia? Mereka memohon pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat. Dengan sabar dan solat, mereka memperoleh pertolongan dari Allah yang Maha Besar, Tuhan Sekalian Alam. Rakan-rakan, siapakah pelindung yang lebih baik daripada Allah Azza Wajalla?


Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakkal.

If Allah helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in Allah (Alone) let believers put their trust.
[Al-Imran (3) : 160]


     Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 160 surah Al-Imran, siapa yang dapat menghalang kita sekiranya Allah menolong kita? Siapa yang dapat menghalang orang mu'min yang memohon pertolongan dari Allah dengan sabar & solat dan Allah menolongnya? Satu persoalan yang harus difikirkan sendiri.


Apakah contoh orang-orang yang sabar?


Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.

(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah (tempat) kami kembali).

 And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Saabiruun (the patient).

Who, when afflicted with calamity, say: "Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return."

[Al-Baqarah (2) : 155-156]


     Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Apabila berlaku musibah dalam sesuatu perkara, mereka akan berkata Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Ketahuilah rakan-rakanku, itulah ciri-ciri orang yang bersabar.


Apa lagi ciri-ciri commando yang dimaksudkan Allah di dalam Al-Quran?


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

O you who believe! If you help (in the cause of) Allah, He will help you, and make your foothold firm.

[Muhammad (47) : 7] 


     Jika kita membela atau menolong agama Allah, di jalan Allah, fi sabilillah, nescaya Allah akan meneguhkan 'tapak pendirian' kita. Apa yang dimaksudkan dengan tapak pendirian? Dari segi bahasa, apa yang membuat kita berdiri tanpa jatuh? Iaitu 'tapak' dari segi contohnya, dari segi kewangan, dari segi pendidikan, dari segi personaliti, dari segi sosial dan macam-macam lagi. Allah akan mengukuhkan 'tapak' kita (metafora).


     Nampak? Apakah rahsia commando-commando yang diceritakan Allah sehingga kekuatan mereka adalah 10 kali ganda berbanding dengan musuhnya? Iaitu, sabar dan solat.


     Kita lihat pada zaman Rasulullah, semasa perang Badar. Jika difikir dengan logik akal, adakah bilangan tentera yang seramai 300 orang mampu mengalahkan bilangan tentera yang seramai 1000 orang? Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang dikalangan 300 tentera tersebut hanya membawa ranting kayu sahaja semasa pergi berperang. Ranting kayu lawan pedang besi? Sekali lagi, gunakan pemikiran logik akal anda. Namun, kekuasaan Allah dan pertolongan dariNya mengatasi segala-galanya termasuk pemikiran logik akal kita. Bilangan tentera seramai 300 orang mampu mengalahkan musuh yang seramai 1000 orang. Ranting kayu secara tiba-tiba menjadi sebilah pedang panjang waja besinya, bermata putih dan tajam. Dalam riwayat Ibnu Said dari Ikrimah telah menyebut: Di hari itu ada kepala yang terpelanting jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya, dan ada pula tangan jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya dan dua puluh tangan yang terluka jatuh dan tidak tahu siapa yang memukulnya. Ibnu Abbas pula menyebut: Di ketika seorang Islam sedang mengasak musuh musyrikin yang di hadapannya, tiba-tiba terdengar rembatan cemeti di sebelah atas dan suara penunggang kuda melaung, "Ayuh, mara ke hadapan, wahai Haizum". Beliau pun memerhati musyrikin yang di hadapannya, orang lain pun menceritakan kisah yang sama kepada Baginda, maka sabda Rasulullah, "Memang benar semuanya itu, dan itulah bantuan dari petala langit ketiga". Nampak bagaimana Allah menolong hamba-hambanya yang beriman dan bersabar? Mereka bersabar dengan melihat jumlah dan keadaan mereka berbanding dengan kaum Musyrikin Quraisy yang dengan jumlahnya yang tinggi dan dilengkapi dengan senjata yang hebat-hebat. Namun, sekali lagi, sekiranya Allah menolong, tiada siapa dapat menghalang.






     Kita lihat pula bagaimana tentera Tariq bin Ziyad semasa berperang dengan tentera Gothic (Visigothic) untuk menawan Hispania (Spain). Bilangan tentera sebanyak 12,000 melawan tentera musuh yang sebanyak 100,000. 100k adalah bilangan yang aku fikir, sangat banyak compare to 12k. Tetapi, sekali lagi Allah memberikan pertolongan, bahawa sesiapa pun tidak dapat menghalang pertolongan yang diberi Allah itu, tentera Tariq berjaya menguasai Hispania dan bermula dari situ lah, Islam tersebar di negara Spain.

     Perlukah aku bercerita di sini bagaimana dengan commando Muslim pada zaman ini? Ketika Hamas ditentang tentera Israel? Sekali lagi kita berfikir dengan logik. Bagaimana tentera Israel yang dilengkapi dengan peralatan berperang yang canggih dan mendapat bantuan ketenteraan dari segi teknologi seperti satelit dan jet f15 dan tenaga daripada kuasa veto dunia, US namun sehingga kini Hamas yang bilangannya kecil compare dengan bilangan tentera Israel dan teknologi berperang mereka tidak semaju Israel dan US masih lagi tidak dapat dihapuskan sepenuhnya oleh tentera Israel? Sekali lagi aku nyatakan, sekiranya Allah hendak menolong, tiada siapa yang dapat menghalangNya.


     Jadi, apa pengajarannya? Adakah pengajarannya hanya tertumpu dan diaplikasikan hanya ketika di battlefield? Semasa berperang mengangkat senjata? Semasa hendak melawan orang musyrikin yang melampau? Tidak, sama sekali tidak. Bukan hanya semasa berperang sahaja kita perlu aplikasikan dalam diri, namun dalam kesemua kehidupan seharian kita.

      Sekiranya kita diejek dan diboikot oleh rakan-rakan kita, kita sabar sahaja dan kita mendirikan solat (tak kisahlah solat fardhu ataupun sunat). Insha Allah, Allah akan memberi pertolongan kepada kita di mana, tiada sesiapa pun termasuk rakan-rakan yang menganiaya kita tadi dapat menghalangNya.

      Sekiranya kita mendapat result peperiksaan yang mengecewakan, sabar sahaja dan tunaikanlah solat untuk memohon pertolongan Allah. Insha Allah, Allah akan memberi pertolongan kepada kita sewaktu peperiksaan akhir sem nanti di mana, para pemeriksa kertas pun tidak dapat menghalangNya.

     Sekiranya kita ditimpa musibah dengan kekurangan kewangan, kita sabar dan terus menunaikan solat. Insha Allah, Allah akan memberi pertolonganNya dalam macam-macam bentuk seperti kita masih lagi bernafas dan menghayati keindahan ciptaanNya yang lebih bernilai dari duit-duit kewangan kita tu, kita masih bernafas dan sempat bertaubat kepada Allah sebelum ajal menemui kita agar kita mati dalam keadaan beriman. Itu adalah lebih baik daripada wang-wang yang kita kesempitan dan kekurangan tadi.


     Ketahuilah rakan-rakanku, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Banyak lagi sebenarnya nikmat yang Allah boleh beri namun itu terpulang kepada kita, bagaimana kita menginterpretasikan nikmat2 tersebut.


     Jadi, mohonlah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat. Semudah itu sahaja untuk memperoleh pertolongan dari Allah, di mana tiada sesiapa pun dapat menghalang pertolongan dari Allah Azza Wa Jalla. Ketahuilah rakan-rakanku bahawa kedua-dua sabar dan solat merupakan senjata utama bagi Muslim, bahawa mereka yang bersabar ini apabila ditimpa musibah segera melafazkan Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun  dan mereka terus menunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon pertolongan daripada Allah supaya dipermudahkan dirinya untuk menghadapi musibah tersebut. Sekiranya musibahnya berterusan, mereka tetap bersabar, dan tidak pernah give up mengharap pertolongan daripada Allah, mereka terus memperbanyakkan solat-solat mereka kerana mereka tahu, setiap ibadah ikhlas mereka telah dijanjikan oleh Allah ganjaran pahala. Sekiranya sehingga akhir hayat mereka musibah masih berterusan, mereka redha dengan penentuan Allah, mereka anggap itu sebagai ujian dari Allah, untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman, kerana mereka tahu, mereka mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, mengharapkan Syurga yang nikmatnya jauh lebih hebat dari dunia yang bakal berakhir ini.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 

Or think you that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along them with him said, "When (will come) the Help of Allah?" Yes! Certainly, the Help of Allah is near!

[Al-Baqarah (2) : 214]

 Alif, Laam, Miim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Alif-Lam-Mim.

Do people think that they will be left alone because they say: "We believe," and will not be tested.

And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allah knows all that before putting them to test).

[Al-Ankabut (29) : 1-3] 

     Akhir kalam, adakah kita layak untuk mendapat pertolongan dari Allah sekiranya amalan kita tidak sama atau mencukupi sebagaimana commando-commando atau Jundullah (tentera Allah) seperti yang diceritakan dalam Al-Quran? Apatah lagi mahu complain sebab tak dapat? Fikirkanlah, tepuk dada tanya iman.

Posted by Posted by zabed at 10:31 PM
Categories:

 

7 comments:

Anonymous said...

salam zaid,

I'd like to share about what I know.
I can completely relate this dakwah to a talk I went to in uni, done by the volunteers from the Viva Palestina convoy. FYI, Viva Palestina is a charity organisation, led by normal people in UK (students, even non-believers) to raise money in buying medical supplies, ambulance, food, etc for those in Gaza. And once they've gotten those, they go through days of road trip to reach Gaza and hopefully deilver the goods themselves.
So anyway, what they mentioned which quite got to me, is when they told stories about the Gazans. Whenever the volunteers ask, what do they (Gazans) want? So they can try to do it next time, all they ask is for the people outside, their brothers and sisters, to make du'a for them. Masya'allah! they dont even ask us to fight for them, they just want that light of hope from Allah, because they know He is the All Mighty.
Another story they told, is of a family's house they stayed in 1 of the Arab countries. That family literally had only 2 packets of flour, as their meal. But they insisted on the convoy group to take 1 of those, to bring to Gaza. Even as much as the group refused to, I mean, the family would only be left with just 1 packet of flour, but they still insisted. And so they did. Masya'allah!! Some people are even stingy to give all the money they have in their wallets, but this poor family just makes puts those who aren't worthy, to shame.

this convoy went through so much hardships during their trip. And what saddens me the most, it's the Arab countries (namely those who are receiving much financial help from US), are making it difficult. Despite being brothers in Islam. Astaghfirullah! If I'm not mistaken, this include Egypt, and.. I can't remember. What they did to block the help to Palestine, is refusing entry and exit, taking hold of their passports, and even demanded that all the vehicles (including medical supplies etc) be confiscated and handed over to the Israel authorities. I mean #$%$^%&$! How bogus! That got my blood boiled, but also saddens my heart. I mean, how could they possibly do that? Their brothers in Islam are suffering, it's not as if they don't know, despite how ignorant they are. Astaghfirullah, tak takut ke dengan azab Allah? Refusing to help those who want to help these people who are upholding Allah's name. But then, as you mentioned, if Allah wills, none can overtake that. Alhamdulillah, the convoy was a success.

Mira :)

zabed said...

A good information indeed. Viva Palestina was brought by George Galloway, a British Member of Parliament.

A non-believer, a non-Muslim created this group. And why the Muslim countries around Palestine such as Egypt and Jordan didn't help them? Such a shame. Where's the beauty of Muslim's Brotherhood?

So, in my opinion, to regain back the beauty of this Brotherhood just like the day of Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, is to da'wah our own Muslim brothers and sisters. Let them know the beauty of Islam itself, let them know the responsibility of being a true Muslim, a Muttaqin, let them know the Warnings from Allah regarding Munafiqun.

Call of Duty: Da'wah Is Calling.

The one who will fight for Allah's sake?
The one who will just observe?
The one who will hindered men from Allah?

Which of one these 3 groups will you belong?

fisabilillah said...

Askm,selidik dan kaji btul2 apa itu PGK.bg maklumat tepat PGK trbahagi kpd 2 iaitu VAT69 dan UTK.VAT69 tiada anggota wanita...yg ada anggota wanita ialah UTK paham.gerak khas tu hny tajuk drama xda kna mngena dgn PGK.bg info lg VAT69 pkai beret sand colour ok.UTK pkai beret warna maroon!yg drama kt tv 2 crita pasal PDRM amnya bkn psal PGK...nmpak sgt xtau apa2 tp bt mcm tau,selidik btul2 sblum tulis jgn main tibai ja.tgk rujukan siap ayat quran ingt pandai tp hampeh maklumat byk salah hampeh.ni klu bt kerja risik gerenti gagal.bt malu ja!hg xpyh crita la pasal train ggk,aku ex-69 pnah train ngn ggk,gign,socpac,delta,gegana n byk lg.psl basic hutan,cqb xpyh crita la.kami vat69 pun ada benda 2 smua.stakat nk crita basic ggk,pastu nk kondem org len xpyh la.ambk tau dlu pasal sejarah vat69.

Unknown said...

Yg kau meroyan pasal apa?nama bukan main bagus fisabilillah tp kata2 kau x menggambarkan peribadi kau.dia cerita pasal latihan ggk je x de pulak banding2kan sapa.buang la ego tu..

Unknown said...

Yg kau meroyan pasal apa?nama bukan main bagus fisabilillah tp kata2 kau x menggambarkan peribadi kau.dia cerita pasal latihan ggk je x de pulak banding2kan sapa.buang la ego tu..

hafizuddin omar said...

Yang lain ok,cuma gambar ggk tu rasanya salah...depa green beret...yg biru tu paskau

Anonymous said...

Dahsyat lgi training VAT 69...Ditubuhkan pada tahun 1969...x pecaye boleh left tgk dkt wikipedia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>