Tuesday, February 16, 2010


 Keadaan saudara Muslim kita di Palestin pada waktu Solat Jumaat

     Macam kebiasaan hari Jumaat, semua laki Muslim diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan solat pada hari Jumaat pada waktu Zuhur di masjid. Masjid yang biasanya lengang dan kosong tidak berpenghuni tiba2 saja sesak pada hari Jumaat. Satu fenomena yang agak pelik. Begitu jugalah keadaan di Taman Melawati pada minggu lepas bersamaan 12 Februari 2010.


 Masjid Hidayah Taman Melawati

     Sampai sahaja di perkarangan Masjid Hidayah, aku disapa oleh seorang Sheikh (sebab dia pakai serban and berjanggut panjang)


Sheikh: Bang! Ambik satu bang!

Gua: Ok. Terima kasih.


     Pelik jugak. Biasanya sheikh2 yang tunggu dekat pintu besar masjid tu akan bagi artikel atau paparkan iklan tentang derma rumah2 anak yatim, tapi kali ni sheikh tu bagi surat yang ada sampul surat sekali. Fuiyo. Special betul. Macam surat cinta je. Check2 balik sampul surat tu, memang betul pun surat cinta! Amboiii sapa la yang nak bagi surat cinta kat aku ni. Siap bagi nama dan alamat tempat tinggal lagi. Aku tulis kat sini jugak cover surat tu.



Bendahari,
Pondok Tahfiz Kg. Padang Bongor,
Lot 7088, Depan Masjid Belimbing, Batu 2 1/2, Jalan Pasir Mas,
17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.


     Fuiyyoo. Sedapnye name die. Bendahari. Macam klasik je name die. Terasa syok dalam diri ni sehinggakan tak sabar2 aku nak bukak content surat tersebut. Dengan rakusnya. Ye la, mana tak rakus, nama pun Bendahari, berharap nama pun sesedap muka yang menulis la kot. Haha.


     Bukak2 surat tu, terkejut aku. Tak sangka. Indah betul isi kandungan surat cinta ni. Betapa tulusnya dan keikhlasannya si Bendahari menulis surat ini. Khas untuk aku pulak tu. Adedede. Dilemma. Haha. Ape isi surat tu? Content isi surat sampul tersebut adalah seperti berikut:


1. Sijil Pengesahan Kerja-kerja Penyemakan dan Penentuan Arah Qiblat bagi Masjid Pondok Tahfiz Kg. Padang Bongor Belimbing Tanah Merah, Kelantan.

2. Borang Putih Wakaf untuk Membina Masjid dan Pondok Atap & Syiling.


"Laa, bikin suspen je. Ingatkan surat cinta betul. Apaa raa"
"Patut la aku pelik. Mane ade orang nak bagi surat cinta kat masjid ni"
"Aku dah agak dah. Kalau dapat surat dari masjid ni mesti pasal derma2  lah ni"

     Kecewa? Taw nak baca surat cinta je eh. Tapi still, kenapa aku nak tulis dalam blog jugak pasal 'surat cinta' yang aku dapat ni? Sebab aku terasa memang betul2 macam surat cinta! Kebiasaannya dalam surat cinta akan mengandungi sesuatu seperti kata2 semangat, kata2 mutiara untuk kekasih dan macam2 lah kata2 nya lagi. Tapi, element penting surat cinta ialah kata-kata yang menyayat hati. Bila aku baca surat ni, ada beberapa ungkapan yang bagi aku adalah menyayat hati. Suatu kata2 yang indah dan boleh juga dikatakan sebagai kata2 mutiara. Apa dia? Tapi sebelum tu, kita refer balik respon orang terakhir tadi.


"Aku dah agak dah. Kalau dapat surat dari masjid ni mesti pasal derma2  lah ni"

     Respon ni jelas menunjukkan bahawa ramai je masyarakat yang sedar dan tahu pasal perkara ni. Tahu ape? Nak derma punya pasal lah! Kalau pergi masjid, memang selalu ada iklan tentang derma untuk anak yatim, untuk pembinaan sekolah tahfiz, masjid baru dan sebagainya. Namun, satu persoalan lagi yang timbul, kenapa orang ambil perkara2 ini secara endah tak endah sahaja? Yang peliknya, semua orang tahu pasal benda ni. Semua orang tahu yang di masjid pasti ada iklan2 atau ada sheikh2 yang meminta orang ramai supaya bersedekah atau menginfaqkan harta mereka untuk mebina masjid khususnya tapi macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tahu, tapi buat-buat tak tahu. Kenapa? Kalau nak ikutkan, ada banyak sebab, tapi dari segi point of view aku lah (kalau ada pembaca nak tambah dipersilakan, semoga Allah membalas jasa kamu), mungkin kerana iklan2 yang tak cukup menarik perhatian para pendengar/pembaca.






      Pada post kali ni, aku nak share sikit beberapa advertisements atau iklan yang diselitkan dalam surat cinta dari Bendahari ni.


1. Doa tuan/puan & sumbangan RM 10 amat bermakna bagi kami, apa lagi nilaian ratusan/ribuan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Renungkanlah mafhum sabda Rasulullah sallallhu 'alaihi wasallam:

"Para DERMAWAN tidak akan PAPA selamanya"

2. Sabda Rasulullah sallallhu 'alaihi wasallam:

"Barang siapa membina masjid kerana Allah, nescaya Allah membangunkan baginya mahligai/istana di dalam syurga"

3. Sabda Rasulullah sallallhu 'alaihi wasallam:

"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah amal jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"


     Subhanallah. Indah sungguh surat tersebut kerana diselitkan beberapa hadith Rasulullah. Yang membaca pun terasa. Ada yang berasa takut kerana khuatir tentang amalannya mungkin tidak mencukupi sehinggakan membayangkan keadaannya di waktu kubur nanti. Bagaimana kalau kubur aku sempit kerana amalan ku yang tidak mencukupi? Bagaimana nanti sekiranya muncul ular yang akan menyiksaku ketika aku di dalam kubur nanti? Apa yang dapat menyelamatkanku nanti? Kemudian timbullah dalam hati ini untuk menderma kepada yang memerlukan dek kerana risau keadaannya di alam kubur nanti. Dan ada juga yang berasa seronok mendengarkan khabar gembira melalui hadith2 yang disebut. Kalau di dunia ini aku tidak dapat memiliki rumah banglo, kondominium apatah lagi nak masuk istana pun kena tahan dengan pak guard, lihatlah nanti keadaan aku di syurga nanti. Allah menjanjikanku sebuah istana! Insha Allah! Kemudian, timbullah dalam hati ini untuk menderma kepada yang memerlukan dek kerana ingin menempah sesuatu yang lebih luar biasa dan nikmat yang lebih jauh besar daripada nikmat di dunia yang hanya sebesar sayap nyamuk sahaja. Apa-apa pun yang penting, Lillahi Ta'ala! Kerana Allah! :)



"Aku tak ada duit la. Next time je la ek?"

     
     Aku tak memaksa pun. Suka hati kaulah nak derma ke tak. Tengoklah hadith2 yang disebut tadi. Wallahu'alam. Kalau tak ada duit? 10 sen pun jadi lah. Duit kecik tak ada? 5 sen pun jadi lah. Aku tak ada duit sen langsung ni! Seratus rupiah pun jadi lah tapi yang penting, sekali lagi aku mention, Lillahi Ta'ala. Kerana Allah aku menderma! Apa beza orang yang menderma RM 1000 tapi kerana nak tunjuk dekat orang ramai yang dia ni kaya berbanding orang yang menderma seratus rupiah tetapi kerana Allah, hendak menolong saudara se-Islamnya, hendak menolong membina masjid Allah? Fikirkanlah sendiri.






     Di sini aku nak selitkan beberapa kata-kata mutiara berkaitan dengan sedekah atau infaq harta.






The more you give, the more you get"
[Robert Kurosaki]
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat

Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter

Sahih Muslim



(Ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka Jahannam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka, "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat dari) apa yang kamu simpan itu".

On the Day when that (Al-Kanz: money, gold and silver, the Zakat of which has not been paid) will be heated in the fire of Hell and with it will be branded their foreheads, their flanks, and their backs, (and it will be said unto them): "This is the treasure which you hoarded for yourselves. Now taste of what you used to hoard."

[At-Taubah (9) : 35]



Dan akan dijauhkan darinya (neraka) orang yang paling bertaqwa,
yang meninfaqkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan (dirinya),

And Al-Muttaqun (the pious and righteous) will be far removed from it (Hell).
He who spends his wealth for increase in self-purification,

[Al-Lail (92) :17-28]



Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji, sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurniaNya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

Satan threatens you with poverty and orders you to commit Fahsha (evil deeds, illegal sexual intercourse, sins); whereas Allah promises you Forgiveness from Himself and Bounty, and Allah is All-Sufficient for His creatures' needs, All-Knower

[Al-Baqarah (2) : 268]



Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.

Say: "Truly, my Lord enlarges the provision for whom He wills of His slaves, and (also) restricts (it) for him, and whatsoever you spend of anything (in Allah's Cause), He will replace it. And He is the Best of providers."

[Saba' (34) : 39]

     Akhir kalam, ikhlaskan hati untuk bersedeqah walaupun sikit, tetapi ingat, Allah mengambil kira kesemua perbuatan kita. Wallahu'alam.

Posted by Posted by zabed at 7:25 PM
Categories:

 

2 comments:

Unknown said...

ye betul..tapi yang paling sukar adalah mencari keihklasan dalam infaq kan..ada yang bersedekah kerana ditegur kawan..ada yang bersedekah kerana tak mahu malu dengan orang..ada yang bersedekah sebab kebetulan tabung lalu depan die..

zabed said...

ya betul tu naz.

dan sebaik2 sedekah ialah niat kerana Allah, kerana mencari keredhaanNya walaupun 1 sen.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>