Wednesday, January 6, 2010



     Bila sebut pasal game Pokemon aku teringat beberapa nama yang agak sebati dengan picture di atas; Syafiq Mahbob, Hariz Afiq, Muhammad Ahmad Sodikin dan Muhaimin MK. 4 orang ni termasuk aku antara orang yang kuat gila main game ni time form 1 dulu (2003). Yang aku masih ingat, Muhammad yang beli cd, pastu the rest of budak2 kelas aku pinjam cd game ni dari Muhammad. haha memang perangai macam budak2 betul. tapi sekarang kalau main game ni boleh layan lagi kot. hahaha entah la.


     Ketagih sangat main game ni sampai kerja-kerja rumah yang cikgu bagi tu jarang betul budak2 siapkan. Ade yang balik rumah sampai malam pun terus main tak henti-henti lagi, ada yang main sampai 2-3 kali menang pun masih main lagi (gua sendiri) dan yang paling best, ada yang siap berangan lagi tu nanti diorang akan jadi macam hero dalam game ni, adventure satu dunia dengan Pokemon beserta rakan-rakan lain (Syafiq Mahbob & Hariz Afiq). Memang menjadi suatu fenomena baru dekat kelas aku dulu.

     Pagi-pagi datang kelas, tak ada kerja apa sembang2 dengan budak lain pasal game pokemon ni. sembang punya sembang pasal walkthrough la, cheat code central la dan yang paling main tipu sekali, game shark code (kepada sesiapa yang tak tahu Game Shark tu apa sila search di internet ye). Aku tak ingat hamba Allah mana yang dapat reveal beberapa Game Shark codes yang membolehkan player dapat legendary Pokemon. perh legendary tuh, memang kuat habis la. So, ramai2 share code2 tersebut and paste dalam PC masing2. Semua pun seronok dapat legendary Pokemon.

     Siapa tak seronok? Kuat tuh! Legendary tuh! Aku pun join paste code2 tersebut dalam software game shark code tersebut. pastu, Alhamdulillah, memang dapat legendary Pokemon. fuuuuuuuhhhh memang sekuat bak legenda yang diuar-uarkan dalam game pokemon itu sendiri. Aku pun kemudian main, main dan terus main sampai banyak code aku peroleh dari Internet. Sampai dah banyak sangat code yang aku dapat, tiba-tiba sedang aku main game Pokemon tu, TETTTT!! dapat error message kata game tu crashed. Terkejut aku tiba-tiba game crashed. habis semua save file aku terdelete. kemudian, aku cuba check balik save2 file aku tu. Alhamdulillah, masih lagi tak hilang. jadi, aku pun keep on main sahaja eventhough dah berapa kali da dapat warning: game crashed.

     Game crash, game crash, game crash namun aku langsung tak endahkan message tersebut, malah aku tak pernah scan PC dekat rumah aku. Aku sedar yang PC aku tuh dah 'nazak' and banyak virus tapi aku buat-buat atau pura-pura tak tahu je. Aku anggap macam ada banyak masa lagi untuk aku scan. Lepas-lepas ni je la aku scan. main punya main punya main........TUPPPP! tibe2 PC ter-off sendiri. Kemudian, aku try on PC tu semula. Boleh on. Lega rasa. Fuuuhhh. Dan selepas PC tu habis loading desktop and semua2 tuh, tak sempat aku nak click start button, PC tu jadi 'hang'. Tak boleh gerak, static sahaja. PC dah rosakkkkkk......
 
  
Saudara-saudara seIslam yang aku kasihi sekalian,
      
     Analogi diri kita ini ibarat hardware & software computer itu sendiri. Apa itu hardware? Apa itu software? Kalau nak diterjemahkan satu-satu maksud sebenar kedua-dua hardware & software ni, memang rumit & complicated untuk difahami. Jadi aku guna bahasa yang senang, aku guna perumpamaan. Hardware benda yang boleh disentuh manakala software benda yang tidak boleh disentuh. Aplikasikan kepada kita, jasad tubuh badan kita ibarat hardware dan roh atau iman kita ibarat software.

     Sebagai contoh, aku memilih Sayyidina Umar Al-Khattab. 'Hardware' Sayyidina Umar sebelum dan selepas keIslaman beliau adalah sama sahaja. Sebelum beliau memeluk Islam, beliau terkenal sebagai seorang pejuang dan wira yang gagah serta ketegasannya. Namun selepas beliau memeluk Islam pun ciri-ciri tersebut masih terdapat pada dirinya sehinggakan sewaktu pemerintahan beliau, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Namun apakah yang membezakan beliau sewaktu sebelum beliau memasuki Islam dan selepas memeluk Islam? 'Software' Sayyidina Umar sebelum dan selepas keIslamanya adalah sangat berbeza. Sebelum memasuki Islam, Sayyidina Umar juga terkenal dengan sifat jahiliyah masyarakat Arab ketika itu; meminum arak, membunuh orang, menanam hidup2 anak perempuannya malah beliau pernah berkeinginan untuk membunuh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Namun selepas keIslaman beliau, segala perbuatan jahiliyah masyarakat Arab ditinggalnya serta-merta malah dijanjikan Allah lagi akan dimasuki syurga! Subhanallah.

     Di sini kita boleh lihat bahawa 'software' itu yang menentukan hala tuju seseorang manusia itu sendiri. Sama ada jatuh ke lembah kehinaan ataupun ke taman syurga yang terdapat bidadari2 yang cantik. Atau dengan lebih jelas, Software Islam. Macam sofware computer biasa, pengguna boleh memilih antara nak software Microsoft, OS or Linux untuk di-install-kan ke dalam hardware computer mereka. Pilihan mereka itu berdasarkan yang mana yang akan memberi manfaat/faedah kepada pengguna. Kalau diikutkan, software OS (untuk Mac) mempunyai banyak kelebihan berbanding software-software yang lain. kelebihan dari segi lebih teratur, graphic yang lebih cantik dan macam2 lagi kehebatannya (sila tengok kat youtube apa special OS ni) namun satu je yang membuatkan kebanyakan para pengguna tidak memilih OS, harga yang mahal dan susah didapati. Tapi kebanyakan pengguna prefer software Microsoft sebab mengikut trend, ikut flow, orang banyak pakai dan murah compare dengan software yang lain. Begitulah hakikat dunia hari ini, manusia lebih prefer meng-install software Materialistik compare dengan software Islam. tak payah tengok orang kafir lah, tengok orang Islam kat masyarakat kita sendiri dah jelas.

     Hanya nama pada Islam, tapi gaya hidup ada menyerupai Islam? Hanya kerana nak ikut flow/trend, "ramai je yang hisap rokok", "ramai je yang pergi clubbing", "ramai je yang pakai seluar pendek and ramai je yang tak pakai tudung" dan lain2 lagi kita sanggup memilih software Materialistik yang kita sendiri tahu banyak mudharat compare to software Islam itu sendiri. Kenapa tak nak pilih software Islam? mahal? leceh sebab kena 'install' banyak benda? namun kita semua tahu bahawa hakikat software Islam itu sendiri kan, jaminan syurga. Allahu Akbar. saudara-saudara, yang dikatakan mahal dan leceh itulah dugaan yang perlu kita tempuhi.

Or do ye think
That ye shall enter
The Garden (of Bliss)
Without such (trials)

As came to those
Who passed away
Before you?
They encountered
Suffering and adversity,
And were so shaken in spirit
That even the Messenger
And those of faith
Who were with him
Cried: "When (will come)
The help of Allah"
Ah! Verily, the help of Allah
Is (always) near!
[Al-Baqarah : 214]


     adakah kita dijamin akan masyuk syurga kalau tiada dugaan dan ujian? ingat free-free je boleh masuk syurga tanpa ujian dan dugaan? Astaghfirullahal 'azim.

     dan bagi yang memilih software Islam, adakah kamu dapat menjamin bahawa software kamu itu akan berkekalan sehingga tamat nyawa kamu? mungkin akan tiba pada suatu masa kamu akan menukar software Islam dengan software Materialistik atas sebab terkena virus? atau nak ikut trend juga? bagi yang memilih jawapan mahu mengikut trend, tiada solution yang sesuai untuk anda melainkan anda bermuhasabah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk untuk kehidupan anda, di dunia dan di akhirat. Bagi yang memilih jawapan terkena virus, apa susah-susah, kena la selalu scan software anda dengan anti-virus. bagaimana anti-virus tersebut? ada banyak tapi aku ambil yang penting sahajalah, cukup untuk keperluan kita.

Sentiasa berzikir kepada Allah

The Unbelievers say:
"Why is not a Sign sent down to him from his Lord?"
Say: "Truly Allah leaveth,
To stray, whom He will;
But He guideth to Himself
Those who turn to Him
In penitence,-

"Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah:
for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.
[Al-Ra'd(13): 27-28]

Melaksanakan segala perintah Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya

So he who gives (in charity) and fears (Allah),
And (in all sincerity) testifies to the Best,

We will indeed make smooth for him the path to Ease.

But he who is a greedy miser and thinks himself self-sufficient,

And gives the lie to the Best,

We will indeed make smooth for him the path to Misery
[Al-Lail (92) : 5-10] 

     Sebenarnya ada banyak lagi cara nak 'scan' software kita ni tapi aku just bagi 2 sahaja. yang lain bolehlah korang cari sendiri dalam al-Quran. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan bagi kalian yang berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya. Amin..

Truly he succeeds that purifies it,

And he fails that corrupts it!
[Ash-Shams (91) : 9-10]

gamba time form 1 '03

Posted by Posted by zabed at 1:17 AM
Categories:

 

2 comments:

Catheeya said...

bermula dgn cerita yg serius, kepala penuh kusyuk membaca. Hanya mampu berkata, "Geeks la zaid!".
tapi scroll sampai bawah. tgk gambar.ehem. nak gelak tak sampai hati. aku pun simpan jela gelak tu. kah3! [ape2 pun good job!]

zabed said...

kate computer geeks. memang ayat pun agak geeks jugak lah. haha btw comel kan aku time kecik dulu? haha

dan siapa yang lebih baik perkataanya daripada yang menyeru kepada Allah?

wallahu'alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>