Wednesday, December 9, 2009




Assalamualaikum

post kali ni lebih kepada luahan hati aku sendiri dan harap2 korang sebagai pembaca mengambil iktibar daripada post aku kali ini. InsyaAllah

semenjak 2 3 minggu ni, ataupun aku namakan sebagai minggu2 coursework & test ni, memang aku busy yang teramat sampai pernah sekali tu the whole week aku tak tidur dengan sempurna (improper sleep). ade class

yang aku pergi, ada jugak class yang aku terpaksa skip sebab "tak sedar sejak bila aku tutup alarm handphone". Ya Allah, dugaan yang aku terima sewaktu 1st year degree memang dahsyat. bagaimana pula dengan 2nd year or 3rd year karang? namun, lama-kelamaan aku mulai sedar, aku risau dengan amalan2 aku yang semakin hari semakin negative. aku jadi buntu malah mula confuse dengan matlamat aku. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...

"kenapa cita-cita kita untuk score exam, untuk dapat 1st class honour menghalang cita-cita kita untuk masuk SYURGA?"
[Shazwan Halim]

BOOM! pergh! memang sungguh kena dengan aku. memang betul. ini lah jawapan yang aku cari selama ni. jawapan yang paling tepat sekali. aku hanya memikirkan soal hidup yang sementara ini berbanding soal akhirat yang selama-lamanya. memang betul iman itu boleh naik boleh turun, bagaikan pasang surut,
bagaikan sinusoidal wave.

kerna apa aku jadi macam ni? atas dasar apa prestasi aku terlampau buruk? jawapannya senang dan simple. PENGORBANAN. mengapakah aku tidak dapat mengorbankan tenaga aku untuk Islam (beribadah, perkara sunat etc.)? mengapakah aku tidak dapat mengorbankan harta aku untuk Islam? mengapakah aku tidak dapat mengorbankan masa aku khas untuk Islam? mengapakah aku mengutamakan hal-hal dunia yang bersifat sementara? mengapakah aku menjadi hamba kepada kerja (coursework, test, lab, mini project) aku? adakah aku sudah lupa tujuan sebenar aku hidup di dunia? adakah aku sudah lupa siapa Penciptaku? Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. We belong to Him and to Him we shall return. saudara-saudaraku, ingatlah, soalan ini bukan ditujukan kepada aku sahaja, malah kepada korang dan semua yang membaca post ni. fikirkanlah. tepuk dada tanya iman.


Allah hath purchased of the Believers
Their persons and their goods;
For theirs (in return)
Is the Garden (of Paradise):
They fight in His Cause (Fi Sabilillah),
And slay and are slain:
A promise binding on Him
In Truth, through the Torah,
The Gospel, and the Quran:
And who is more faithful
To his Covenant than Allah?

Then rejoice in the bargain
Which ye have concluded:
That is the achievement supreme.
[At-Taubah : 111]

Allah sendiri telah menyatakan dalam ayat ini bahawa Allah "membeli" amalan-amalan/ibadah dari orang-orang beriman dengan tukaran "syurga". fuuuuhhh. syurga. ape lagi yang korang nak selepas syurga? ade kat sini yang tak nak syurga? apa syurga ada? fuuh nak cerita kat sini syurga tu apa dan isi2nya memang tak cukup la nak cakap kat sini. tapi senang cerita, ada ganjaran yang lebih bagus dari syurga? rm1000 lagi bagus dari syurga tak? kereta mercedes AMG lagi bagus dari syurga tak? beli rumah kat Beverly Hills lagi bagus dari syurga tak? makan dekat restoran mahal2 seperti Victoria Station ada macam makan kat syurga tak? ada guitar ESP Kirk Hammet rm11000 lagi bagus dari syurga tak? haaaa korang sendiri taw syurga tu ganjaran nya macam mana tapi........ DIMANAKAH USAHA2 KITA KE ARAH MENCAPAI SYURGA?

"Eh asal tibe2 je ko ni rajin bace Quran ni?"
"Wah first time aku nampak ko kat surau. hahahaha"
"sejak bile plak ko pandai nak bangun qiamullail ni?"
"tak payah la nak tunjuk baik depan aku."
"ala ni sekejap je ni. lepas ni ko jadi macam dulu balik la"
"asal ko rajin sangat nak pergi usrah ni? kalau sekali tak pergi tak boleh ke?"

ini antara quote2 yang bisa bikin ako panas.
PANAS YANG TERAMAT. dan aku bertambah lagi panas bila ada kawan2 aku yang dalam proses nak berubah, menerima hidayah ataupun bertaubat pun dapat dugaan yang sama. kalau hati kami dah ikhlas, jangan lah persoalkan apa yang kami buat, dan kalau dah sesat tu, jangan lah sesat kan orang lain pulak. ambil lah pengajaran dari apa yang kitorang buat ni. dan sekalipun korang malas nak buat ibadah sepertimana yang kami buat pun, sekurang-kurangnya berilah galakan kepada kami supaya galakan korang tu kami akan bertambah iman dan amalan kami, maka sekaligus korang yang memberi galakan pun dapat pahala jugak. kan indah begitu?


"Wah, ini sudah bagus! Jom aku belanja ko makan lepas ko baca Quran!"
"Eh lepas ni ajak aku sekali taw kalau ko nak pergi surau"
"lepas ko buat qiamullail boleh tolong kejut aku tak lepas tu? ko kejut je aku macammana pun sampai aku terbangun. curah air ke, tuang air kopi dalam mulut aku ke"
"teruskan dengan perangai baik ko ni. aku support dari belakang bhai!"
"aisehman. bile la aku nak jadi macam ko ni? ajar aku sikit"
"beh, pasni ajak aku sekali pergi usrah beh. aku pun nak tawu gak usrah ni ape"


Ya Allah, ampunilah mereka, sesungguhnya mereka tidak mengetahui, sesungguhnya mereka jahil tentang diri kami maka berilah hidayah kepada mereka sebagaiman Engkau memberi hidayah kepada kami dan orang2 yang beriman. insya Allah.

dan ucapan dari Allah untuk hamba2nya yang seakan-akan give up di atas dugaan yang berlaku

Or do ye think
That ye shall enter
The Garden (of Bliss)
Without such (trials)
As came to those
Who passed away
Before you?
They encountered
Suffering and adversity,
And were so shaken in spirit
That even the Messenger
And those of faith
Who were with him
Cried: "When (will come)
The help of Allah"

Ah! Verily, the help of Allah
Is (always) near!

[Al-Baqarah : 214]


sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. minta lah pertolongan dari Allah sekiranya berlaku dugaan2 seperti yang aku mention tadi. lihatlah Allah sendiri berfirman bahawa pertolongan Allah itu dekat, maka mintalah pertolongan dari Nya. dan kalau sekiranya kita nak give up pun, Allah telah menyatakan sendiri bahawa adakah kita layak masuk syurga? adakah kita layak masuk syurga tanpa sebarang dugaan dan ujian seperti mana sahabat2 Rasulullah? ingatlah saudara-saudaraku, Allah tidak akan memberi kita ujian sekiranya kita tidak mampu untuk mengatasinya. hanya pilihan hati yang berkata "adakah aku mampu?" dan pertolongan dari Allah sahaja yang mampu untuk mengatasi dugaan tersebut. cuba korang teliti hadith kat bawah ni

Saidina Umar r.a berkata: Rasulullah telah menyuruh kami supaya bersedekah. Maka akupun membawa harta aku untuk bersedekah. Maka aku berkata: Hari ini aku telah mendahului Saidina Abu bakar r.a dengan membawa separuh daripada hartaku. Maka berkata Rasulullah: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?”. Aku menjawab: Sebanyak harta ini. Kemudian datang Saidina Abu Bakar dengan membawa semua hartanya. Berkata Rasulullah kepadanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?”. Jawab Abu Bakar: Aku hanya tinggalkan kepada mereka Allah dan RasulNya! Aku berkata: Aku tidak akan mampu mendahului kamu selama-lamanya. Hadis sahih mengikut syarat Imam Muslim riwayat Al Hakim.

fuuh sampai macam tu sekali pengorbanan sahabat-sahabat Nabi! extreme sungguh. namun memang betul seperti yang Abu Bakar kata, Allah dan RasulNya adalah penyelamat kita. kenapa mesti kita mengharapkan harta2 yang kita peroleh itu untuk menolong kita? seolah-olah bagai kafir musyrikin mengharapkan batu patung yang tak bernyawa malah tak boleh gerak tu untuk menolong kita. gila ke apa. kita yang Islam ni pun macam orang kafir gak kalau kita ada pemikiran macam tu.

sebagai conclusion, berkorban lah kita untuk Islam. bukan setakat raya korban ye. korbankan diri untuk beribadah. korbankan kaki untuk berdiri solat. korbankan mulut untuk membaca al-Quran. korbankan telinga untuk mendegar ceramah. korbankan masa untuk menyampaikan ilmu Islam kepada orang lain. korbakan duit ringgit untuk membina masjid dan menderma kepada anak-anak yatim. dan apa2 lah pengorbanan kita untuk Islam. dan sebaik2 pengorbanan ialah kita mati/syahid semasa kita berkorban di jalan Allah. Insya Allah. tiada ganjaran yang lebih baik selain dari syurga Allah. tambahan sikit, bukannye aku nak kata jangan buat coursework, tak payah datang kelas or apa2 urusan kita yang lain tu tapi jangan disebabkan urusan2 tersebut kita lupa Allah. dan utamakan lah Allah, maka Allah akan utamakan kita. sebagai penutup, Allah berfirman sekali lagi bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar

O ye who believe!
What is the matter with you,
That, when ye are asked
To go forth in the Cause of Allah,
Ye cling heavily to the earth?
Do ye prefer the life
Of this to the Hereafter?
But little is the comfort
Of this life, as compared
With the Hereafter.

Unless ye go forth,
He will punish you
With a grievous penalty,
And put others in your place;
But Him ye would not harm
In the least,
For Allah hath power over all things.

If ye help not (the Prophet),
(It is no matter):
For Allah did indeed help him,
When the Unbelievers drove him out:
Being the second of the two
They two were in the Cave,
And he said to his companion,
"Have no fear,
For Allah is with us":
Then Allah sent down His peace upon him,
And strengthened him with forces
Which ye saw not, and humbled
To the depths the word
Of the Unbelievers.
But the word of Allah
Is exalted to the heights:
For Allah is Exalted in might, Wise.

Go ye forth, (whether equipped)
Lightly or heavily, and strive
And struggle, with your goods
And your persons, in the Cause of Allah.
That is the best for you,
If ye (but knew)

[At-Taubah : 38-41]

bersabarlah wahai orang2 yang diberi ujian oleh Allah, pertolongan Allah itu dekat. La tahzan, Innallaha ma'ana. Jangan bersedih, Allah itu bersama kita.

:D

Posted by Posted by zabed at 12:59 AM
Categories:

 

4 comments:

fender telecaster said...

very well written...
may Allah 'pay' u with jannah for such a beautiful writing from ur very heart...

zabed said...

InsyaAllah. may Allah bless you too. by the way, fender telecaster? fuuuhhh

Anonymous said...

sangat best ini article..

zabed said...

Alhamdulillah. Mana yang baik dijadikan contoh, mana yang buruk dijadikan teladan. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>