Wednesday, December 2, 2009



Post aku kali ni cerita benar time aku kat asrama Lipis dulu tapi aku ada edit2 sket supaya identiti "budak2 botak" tersebut tak dikenali. btw kepada budak2 botak tersebut, kalau korang baca post ni and korang terasa, jangan kecewa atau marah, aku bukan nak malukan korang or nak famous berdasarakn cerita korang, tapi aku nak jadikan iktibar kepada orang2 lain yang bace post ni gak, and mudah2an korang pun dapat pahala bila pembaca2 ambil iktibar berdasarkan cerita korang ni. InsyaAllah. Allah Maha Pemurah. :)

Cerita ni berlaku time SPM '07 tapi aku tak ingat paper ape waktu tu. tapi yang penting, TAK RAMAI BUDAK SEKOLAH AKU TAW PASAL CERITA NI. waktu tu dah malam, aku dengan kawan aku study kat bilik floor junior (bukan form 5). bagi yang tak paham tu, time SPM budak2 selain form 5 kena balik rumah untuk bercuti akhir tahun. so sambung cerita balik, aku dengan kawan aku ni nak cari tempat yang sesuai and jauh dari kebisingan untuk study secara peaceful malam tu. da jumpe 'port' best dah, sedar2 kat sebelah bilik kitorang study tuh rupe2nya ada jugak orang yang study kat situ. 3 orang budak botak. tak apa, kitorang tak kesah
, janji kitorang dapat study dengan aman.

tengah2 study tu, tibe2 aku terbau something. bau asap rokok. aku pun buat bodoh saja dengan bau rokok tu. biar la diorang. diorang nak hisap rokok pun bukan salah aku pun. selang beberapa minit or jam lepas tu, tiba2 warden (Ust J) serbu bilik budak2 botak sebelah bilik aku study ni. then berlaku la dialog seperti ini (lebih kurang)

Ust J: "saya bau rokok dalam bilik ni. baik ngaku siapa yang hisap rokok??"

OneofTheBotaks(OTBs): "tak taw."

Ust J: "baik ngaku sekarang jugak! saya taw saya ada bau rokok ni!"

OTBs: " tak taw."

Time tu aku dengan kawan aku dekat sebelah diam je. buat2 macam tengah tido sebab cuak sangat. Ust J terer bab2 meng-kantoikan orang yang buat salah. kang tak pasal2 kiotrang pun dituduh bersubahat sekali ke. jadi, dipendekkan dialog and 3 budak botak tu pun masih tak nak mengaku jugak, akhirnya Ust J keluarkan satu statement yang masih aku ingat sampai sekarang

Ust J: "Saya tak redha keputusan SPM kamu"

kemudian Ust J pun keluar dari bilik tinggalkan 3 budak botak tu. sambung je la study....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

selang beberapa bulan lepas tu, cepat betul masa berlalu, akhirnya result SPM pun keluar. aku dan kawan2 aku reunion kembali untuk beberapa bulan yang lama. bayangkan kawan2 aku yang tinggal jauh dari aku, kat Kelantan Terengganu sana tuh, bila je la boleh jumpa diorang ni. kemudian, aku pun ambil result aku, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah aku bersyukur dengan apa yang aku terima dan result SPM 3 budak botak tersebut sangat-sangat-sangat-sangat memeranjatkan aku. siapa sangka, aku pun tak sangka, KETIGA-TIGA tu dapat semua A dalam semua subjek! MasyaAllah. Allah itu Maha Pemurah, mintak sahaja jika memerlukan apa-apa seperti mana firman Allah:

"And your Lord said: 'Invoke Me, [i.e. believe in My Oneness and ask Me for anything] I will respond to your (invocation). Verily, those who scorn My worship [i.e. do not invoke me, and do not believe in My Oneness] they will surely, enter Hell in humiliation!"
[Ghafir:60]

ketiga-tiga budak botak tersebut sangat la hepi aku boleh nampak sangat dan aku pun mula berfikir sekejap, ape maksud Ust J dengan tidak meredhai keputusan mereka?

dup dap dup dap cepat betul masa berlalu, time tu semua batch SPM 07 dah start belajar dah, yang tu belajar kat matrix tuh, yang ni belajar kat IPTA and IPTS and ade jugak yang belajar untuk preparation pergi oversea. dan Allah memberi rezeki kepada ketiga-tiga budak botak ini juga. 2 orang daripada 3 tu dapat offer untuk belajar kat oversea, memang nama negara kalau dengar pun memang hebat la tempat tu. and sorang lagi dapat belajar kat IPTA, bukan calang2 IPTA tapi memang IPTA yang betul2 mantap. tak ramai yang boleh masuk IPTA tersebut. wah, Alhamdulillah, hebat betul ketiga-tiga orang ni. tak sangka aku dulu kenal kat Lipis, perangai sengal2 betul. hahahahaha yang tu tak payah cerita la

boooom sekali lagi cepat betul masa berlalu dah setahun dah rupenye. yang belajar kat matrix, asasi and sesetengah yang belajar untuk preparation oversea pun ada yang dah habis. tapi, MashaAllah, Allah itu Maha Adil. jika dia nak balas perbuatan manusia itu sewaktu mereka masih hidup pun boleh berlaku juga, tak perlu menunggu sehingga ke liang lahad mahupun akhirat. dan berita buruk aku dengar tentang mereka bertiga, nampaknya kejayaan mereka sudah sampai turning point (dy/dx.. gila geeks). si botak yang belajar kat IPTA yang hebat tu (dengar cerita daripada kawan2 kat IPTA tuh) kecundang semacam. belajar entah ke mana. enjoy je selalu. result pun entah ape2 je la. lepas buat asasi, tak taw hilang ke mana sampai sekarang. tak taw dah sambung belajar kat mana sekarang. yang sorang lagi (si botak A), dari mulut dia sendiri, dia kata dah kena 'kick' daripada tempat persediaan nak fly oversea. katanya, result kantoi sebab main2 sangat. yang lagi satu (si botak B), penah sekali bertegur kat YM and jumpe sekali, katanya die pun tak sure dapat fly ke tak. die main2 sangat sampai dia sendiri mengaku kemungkinan nak fly tu agak tipis.

"Verily, those who believe not in the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) of Allah, Allah will not guide them and theirs will be a painful torment. It is only those who believe not in the Ayat of Allah, who fabricate falsehood, and it is they who are liars. Whoever disbelieved in Allah after his belief, except him who is forced thereto and whose heart is at rest with Faith; but such as open their breasts to disbelief, on them is wrath from Allah, and theirs will be a great torment. That is because they loved and preferred the life of this world over that of the Hereafter. And Allah guides not the people who disbelieve. There are those upon whose hearts, hearing (ears) and sight (eyes) Allah has set a seal. And they are the heedless! No doubt, in the Hereafter, they will be the losers."
[An-Nahl: 104-109]


Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ambil lah masa selama 3 minit untuk beristighfar kepada Allah di atas segala perbuatan ingkar kita kepada Allah selepas baca ayat dekat atas ni. mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa2 kita sebelum ini. InsyaAllah.

Jadi, sebagai ringkasannya, aku teringat satu pepatah yang kawan aku selalu cakap kat aku. bunyi macam pelik atau offensive sikit, namun intipati yang kita mahu cari. Allah boleh bayar cash. maksud pepatah ni bukannye bayar yang pakai duit tu, tapi nak tunjuk bahawa Allah kalau nak hukum kita, nak tunjuk dekat kita malah nak beri sesuatu kepada kita pun boleh berlaku serta-merta, Allah boleh buat! dan seperti yang aku mention tadi pun, tak perlu tunggu dekat liang lahad mahupun dekat akhirat pun Allah boleh tunjukkan.

sambung balik kepada cerita tadi, aku post article ni bukannye nak cakap yang cikgu/ustaz ada power ke, boleh bawak tulah ke, pembawa rezeki ke, pembawa berkat or apa2 lah yang budaya2 Melayu selalu merepek ni. aku nak cakap bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada balasan untuknya, mahupun yang baik atau pun buruk (nauzubillahiminzalik). Jika kita peroleh sesuatu yang cemerlang atau sukses seperti mendapat result SPM 10A atau 20A sekalipun, namun dijalan memperoleh kecermelangan tersebut berlaku sesuatu yang dusta dan tidak diredhai Allah (dalam kes ni menipu cikgu), ingat! kecemerlangan kita bukanlah selama-lamanya. jika ada orang complain atau cakap

"tapi ade je orang yang menipu boleh berjaya and kaya-raya sampai mati"

ingat sekali lagi, aku cakap selama-lamanya. lepas mati tu ape pulak? haa habis la kena jawab dengan Munkar Nakir. Berjaya sekiranya insan tersebut bertaubat sebelum mati, nahas sekiranya dia tidak sempat bertaubat sebelum mati (nauzubillahiminzalik).

saudara-saudara sekalian, bersyukur lah kita sekiranya kita melakukakan sesuatu yang dimurkai Allah, dan Allah membalas perbuatan kita semasa kita masih hidup. kerana, Allah itu Maha Penyayang, Dia menyayangi kita dengan memperlihatkan depan mata kita dengan mesej "BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT". jika kita curi duit orang dan kita guna duit curi tu untuk beli makanan, tengah2 makan tiba2 rasa sakit perut atau sembelit. Alhamdulillah, selepas rasa sakit perut or sembelit tu, kita bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut, InsyaAllah kita akan terlepas dari seksaan azab Allah di akhirat nanti. namun, nauzubillahiminzalik, cuba jika tengah2 kita makan tadi, berlaku sesuatu yang lebih ngeri, kita mati keracunan makanan serta-merta disebabkan memakan makanan tersebut. adakah kita masih sempat bertaubat sebelum mati keracunan tadi? Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

sebagai penutupnya, kepada 3 orang budak botak tersebut dan kepada kita semua sekali, bersyukur lah kita kerana Allah membalas perbuatan korang (3 budak botak) semasa mereka masih hidup. sekiranya Allah membiar sahaja mereka tanpa memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat, apakah nasib mereka di akhirat kelak? sekali lagi aku nyatakan di sini, Allah Maha Penyayang. Dia sayang akan hamba-hambanya untuk memberi mereka peluang untuk bertaubat sebelum terlambat. dan kepada mereka (3 budak botak), bersabarlah dengan apa yang diberi Allah, dan masih tak terlambat lagi untuk berusaha untuk memperoleh kecemerlangan sebagai mana kamu memperolehnya seperti result SPM. dan mudah-mudahan degan kecemerlangan yang korang dapat tu, kamu gunakannya untuk di jalan Allah, semoga kamu mati jihad fi sabilillah, di jalan yang diredhai Allah. Insya Allah.... :)

sambungan kepada ayat dari surah An-Nahl tadi

"Then, verily, your Lord - for those who emigrated after they had been put to trials and thereafter strove hard and fought (for the Cause of Allah)and were patient, verily, your Lord afterward is, Oft-Forgiving, Most Merciful. (Remember) the Day when every person will come up pleading for himself, and every one will be paid in full for what he did (good or evil, belief or disbelief in the life of this world) and they will not be dealt with unjustly"
[An-Nahl:110-111]

Posted by Posted by zabed at 2:56 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>